kejayaan, kebahagiaan, kasih-sayang, kekayaan or what..??
itulah sifat manusia, tak penah cukup dengan ape yang kita ade.
cubalah bersyukur dengan ape yang telah kita miliki kerana takkan ada yang sempurna hidupnya.memang ALLAH s.w.t telah menjadikan kita semua berbeza-beza,
setiap manusia yang lahir dimuka bumi ini mesti ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
jangan jadikan kekurangan itu sebagai penghalang untuk kita capai ape yang kita impikan
namun janganlah pula kelebihan yang ada menjadikan kita seorang yang bongkak dan riak.
bersyukur itulah kunci utama. janganlah melebih-lebih mengejar dunia
sehinggakan lupa tanggungjawab kepada Sang Pencipta.
hidup ini hanya sementara persinggahan sebelum sampai ke destinasi yang utama.
jangan terleka dengan keindahan yang sementara sebaliknya lakukanlah sesuatu yang tidak sia-sia, yang membolehkan kita bahagia di dunia dan di akhirat jua.
kehidupan yang dilalui xkan sempurna dirasa andai hanya kesempurnaan yang dicari,
kerana kadang-kala kekurangan serta kelemahan yang ada menjadikan kita seorang yang lebih menghargai ape yang ada. menjadi sumber kekuatan dikala resah bertandang
dan memberi sumber inspirasi dalam mencapai tujuan.
itulah perlunya kelemahan, sebagai pendorong kita kearah kejayaan
bukannya halangan dalam mencapai impian.
